Wednesday, July 4, 2012

Ranking Malaysia Harimau Malaya dalam FIFA


 Terkini : Ranking Harimau Malaya - 157



Kedudukan skuad Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam apabila berada di tempat ke-157.

Jatuh lagi? aduh


Keputusan satu seri dan satu kemenangan dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antarabangsa baru-baru ini menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia jatuh di tempat ke-157 dunia.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal itu merosot tiga anak tangga berbanding 154 pada bulan lepas.
Penurunan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni kedudukan ke-148 pada anuari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April, 153 (mei) dan tangga ke-154 bulan lepas.


Kenapa boleh jadi macam ni?

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Cuba (150), Bangladesh (151), Palestin (154) dan Kepulauan Faroe (155) yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (153).

Pada peringkat Asia, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan ke-28 daripada 46 negara.
Sementara itu, Sepanyol, yang menjuarai Kejohanan Eropah (EURO 2012) baru-baru ini, terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,691 mata.
Jerman, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, merampas tempat kedua daripada Uruguay selepas mengumpul 1,502 mata berbanding pasukan Amerika Selatan itu yang mengumpul 1,297 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara.

Agak-agaknya apa komen Rajagopal tentang rangking pasukan negara ni kan


Sumber : Ranking FIFA


[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)