Seperti yang dimaklumkan kepada kami, video kat bawah ni menunjukkan kepala hantu penanggal (kat Sabah ianya dipanggil Penanggalan dan juga Balan-Balan) yang berjaya ditangkap. Namun kesahihan’nya masih diragui.
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Hantu Penanggalan juga disebut dalam Hikayat Abdullah, yang ditulis pada tahun 1845, yang menarik minat Sir Stamford Raffles untuk memuatkan gambar dan keterangan mengenainya dalam buku catatannya.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Tonton video di bawah
Untuk terus menonton di Youtube sila klik sini
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.Sumber : Penanggal
No comments:
Post a Comment