" Seated from left: Hugh Clifford (Resident of Pahang), J.P.Rodger (Resident of Selangor), F.A.Swettenham (Resident General), Tengku Mahmud (Tengku Besar of Pahang), Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor), Sir Charles Mitchell (High Commissioner), Sultan Idris (Sultan Perak), Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) and W.H.Treacher (Resident of Perak). Immediately behind Sultan Abdul Samad was Raja Muda Sulaiman."
Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam.
Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka:
kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.
Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja.
Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda.
Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri.
Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka.
Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.
Hugh Clifford (“The People of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung)
Itu adalah pandangan Hugh Clifford mengenai orang Pahang diwaktu feudal dahulu. Mungkin betul dan juga mungkin tidak apa yang diperkatakan oleh orang putih ni. Tapi selalunya orang putih dahulu adalah jujur dalam memberikan pandangan. Cuma mungkin dia tersilap atau tak memahami cara hidup orang melayu. Jadi dia merasakan orang melayu ini membuat sesuatu yang salah. Padahal corak pemikiran dan cara hidup setiap bangsa adalah berlainan.
Budaya judi dan sabung ayam memang tidak dinafikan didalam masyarakat melayu dahulu. Malah itu dianggap permainan kegemaran ataupun sukan rakyat dahulukala. Seiring dengan peredaran zaman dan bertambah pengetahuan agama, budaya ini telahpun dibuang.
Mengenai kerja yang diarah oleh Raja, menjadi kebiasaan dizaman feudal, masyarakat bawahan atau rakyat akan melakukan kerja yang diarahkan oleh pemerintah. Pekara ini juga berlaku kepada bangsa eropah dizaman feudal dahulu.
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas. Sumber : Orang Pahang
No comments:
Post a Comment