Tuesday, May 1, 2012

Saya suka cara rakyat Indonesia menjaga maruah negaranya

JAKARTA: Bintang pop Kanada, Justin Bieber semalam meluahkan rasa cinta pada Indonesia menerusi laman Twitternya selepas mencetuskan kemarahan peminat di negara keempat mempunyai paling ramai penduduk di dunia itu.

Bieber ketika bercakap pada pelancaran album barunya di London minggu lalu, merujuk Indonesia sebagai ‘negara entah di mana.’’ Dalam kenyataan menerusi laman Twitternya semalam, dia menulis: “Satu khabar angin yang tidak boleh saya biarkan adalah apa yang saya dan peminat saya miliki bukan hal yang sejati. Indonesia saya melihat kamu. Saya cinta kamu. Saya cinta semua PEMINAT SAYA.” Peminat di Indonesia, negara yang mempunyai 240 juta penduduk dengan pengguna Facebook yang ketiga terbesar di dunia dan jumlah pengguna Twitter yang kelima paling ramai, marah mendengar bagaimana penyanyi itu merujuk negara mereka.

“Saya berada di negara entah di mana,” akhbar Daily Mirror memetik penyanyi berusia 18 tahun itu sebagai berkata minggu lalu, ketika menjelaskan tempat satu daripada lagu barunya diterbitkan. Pengurusnya, Scott ‘Scooter’ Braun, mencelah dan memaklumkan kepadanya, ia diterbitkan di Indonesia.
Peminatnya di negara itu mendesak dia meminta maaf.

Bieber mempunyai pengikut yang ramai di negara itu, 20,000 pada akaun Twitter Bieber Indonesia dan 45,000 ‘like’ pada laman Facebook Justin Bieber Indonesia.

Stesen radio yang popular di kalangan remaja, Kiss 105 FM berhenti memutarkan lagu Bieber sejak Jumaat lalu.

“Negara kami mempunyai nama. Kami bukan ‘negara entah di mana.’ Sudah tentu kami merasa terhina. Apa yang dikatakannya adalah tidak sesuai,” kata pengurus stesen itu, Beldi Dimardi Abas. Sebahagian peminat begitu kecewa sehingga mereka tidak lagi mengikuti atau menyekat akaunnya. “Kami menghargai kenyataan dia cintakan Indonesia dalam laman Twitternya. Tetapi, kami berpendapat, dia masih perlu memohon maaf,” kata Beldi.
Penyanyi popular Indonesia, Syahrini juga mendesak Bieber meminta maaf.
“Rakyat mana yang suka negara mereka dihina,” katanya

Sumber : helmifaiz.com

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

1 comments:

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)