Friday, May 18, 2012

Anak Kampung Versi Hari Guru - Kami Cikgu Sekolah





LIRIK ::

Memang kami ini cuma cikgu sekolah
Tiada apa-apa yang dapat diberikan
Cuma sikit ilmu untuk kamu kamu
Wahai anak muridku

Memang kami ini cuma cikgu sekolah
Tiada apa-apa yang ingin kami minta
Cuma kami ingin lihatmu berjaya di dalam pelajaran

Walaupun kamu nakal tak buat kerja sekolah
Suka usik kawan berlari sana sini
Cikgu tetap sabar menghadapi semua karenah kamu

Kamu harus sedar kamu harus tahu
Ilmu yang diberi ikhlas dari hati
Jangan diabaikan tunjuk ajar kami
Kau menyesal nanti

Memang kami ini cuma cikgu sekolah
Tiada apa-apa yang ingin kami minta
Cuma kami mahu lihatmu berjaya
Didalam hidup ini

Kalau kami marah ertinya kami sayang
Kalau kami jerit tandanya ambil berat
Kami tidak pernah ada rasa benci atau iri hati

Kamu tiada pensel selalu kami beri
Duit makan tiada kami beri juga
Tapi silap sikit lupa jasa kami
Tidak dihargai....

Memang kami ini cuma cikgu kecil
Kuli-kuli sahaja tiada apa-apa
Cuma kami mahu kejayaan kamu dan lihatmu bahagia

Memang kami ini cuma cikgu kecil
Kuli-kuli sahaja tiada apa-apa
Cuma kami mahu kejayaan kamu dan lihatmu bahagia

Bila kami tegur jangan ambil hati
Bila kena denda tandanya kamu salah
Kami tidak pernah ada rasa benci atau iri hati

Dulu tidak tahu sekarang sudah tahu
Dulu tidak pandai sudah jadi bijak
Tapi silap sikit lupa jasa kami
Tidak dihargai...........

Memang kami ini cuma cikgu kecil
Kuli-kuli sahaja tiada apa-apa
Cuma kami mahu kejayaan kamu dan lihatmu bahagia


Untuk lihat video ini di youtube sila ke link ini :  Anak Kampung Versi Hari Guru

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)