Makanan pedas sudah lama dikaitkan dengan mempercepatkan kadar metabolisme, akan tetapi bagaimana dan kenapa hal ini terjadi masih menjadi teka-teki serta kurang jelas penjelasannya. Ramai berpendapat komponen utama yang membuatkan cili ‘panas’ adalah elemen capsaicin. Capsaicin bertindak mencipta efek panas lalu menjana haba lalu meningkatkan suhu badan apabila diambil.
Apa itu metabolisme?
Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori diperlukan badan untuk kekal berfungsi menjalani hari. Kadar metabolisme setiap orang berbeza bergantung kepada komposisi badan. Dengan otot yang lebih, kadar metabolime lebih tinggi, begitu juga sebaliknya
Orang dengan kadar metabolisme tinggi selalu
dikatakan bertuah. Mereka boleh makan banyak dan mengambil lebih kalori
berbanding mereka bermetabolisme rendah walaupun mereka mempunyai berat dan
tinggi yang sama.
Impak capsaicin
Capsaicin adalah sumber kepedasan bagi cili. Elemen ini boleh didapati dari jenis-jenis cili seperti jalapenos, habaneros, cayenne dan cili-cili lain. Selain menguruskan badan sebegini, capsaicin turut dipercayai pencair darah sekaligus mengekang pergumpalan darah.

Kajian yang mensasarkan kepada komuniti yang
mengambil banyak cili seperti Thailand, menunjukkan orang yang memakan cili
dapat mengurangkan kadar kes pergumpalan darah secara signifikan. Selain itu, capsaicin turut
bertindak sebagai bahan anti-radang.
Apa kaitan makanan pedas dan kadar metabolisme?
Kajian mendapati hidangan yang pedas boleh membuatkan peningkatan sementara metabolisme kira-kira 8% berbanding kadar metabolik normal. Jumlah ini terlihat sedikit dan kajian yang sama turut melaporkan keputusan sama dengan orang yang mengambil lada hitam serta halia

Jikalau anda mengambil lebih banyak capsaicin untuk
menikmati kesan yang lebih, ini akan merangsang kadar metabolic secara
sementara selain mengurangkan nafsu makan. Manakala kajian lain pula
menunjukkan mungkin keputusan berkenaan bukan meningkatkan kadar metabolisme
tetapi makanan pedas dipercayai membuatkan orang yang mengambilnya terasa
kenyang lalu mengambil kurang makanan.
Satu lagi kajian yang popular mendapati apabila lelaki dewasa makan appetizers dengan hot sauce, mereka akan mengambil 200 kalori kurang pada hidangan seterusnya. Konklusinya, kajian itu mengesahkan makanan pedas mungkin berkesan sebagai pengekang nafsu makan.

Meskipun kaitan makanan pedas pada
metabolisme tidak diketahui sepenuhnya, pasti ianya turut menjanjikan manfaat
kesihatan seperti mengurangkan beberapa jenis kanser. Ini semua alasan untuk
anda mengambil lebih makanan pedas dalam sajian harian
Sumber maklumat : www.gua.com.my, www.takmungkinbenar.com, www.lydiahoney2003.blogspot.com
Sumber maklumat : www.gua.com.my, www.takmungkinbenar.com, www.lydiahoney2003.blogspot.com