Tuesday, August 21, 2012

Apa perasaan kita jika isteri mati dibaham buaya?

^__^
Sedih rasa hati ini jika insan tersayang pergi untuk selama-lamanya dalam keadaan yang tragis.


“Saya berdendam dengan buaya itu dan mahu ia ditangkap atau dibunuh dengan apa cara sekalipun,” kata Embol Asum, 48, suami Siah Munsong, 42, yang maut selepas dikatakan menjadi mangsa terbaru Bujang Sebelak di Sungai Anak, Roban di sini, 19 Jun lalu.

Menurut Embol, dia amat yakin buaya yang membunuh isterinya masih berkeliaran di sepanjang Sungai Sebelak dan akan berusaha mencarinya sehingga ia berjaya ditangkap atau dibunuh.

“Sehingga kini, saya masih berdendam dengan  buaya yang mengorbankan isteri dan mahu lihat sendiri ia ditangkap hidup-hidup atau dibunuh,” katanya.

Dia berkata, khidmat seorang bomoh buaya dari Betong, Indet Senabong, 49, digunakan untuk memburu haiwan itu dengan dibantu beberapa rakannya serta penduduk kampung.

“Operasi dimulakan semalam (kelmarin) dan setakat ini kami belum menjumpai tanda-tanda Bujang Sebelak timbul walaupun mengesan 10 ekor buaya lain yang timbul selepas upacara dilakukan bomoh berkenaan,” katanya.

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Sumber : Berita Harian

1 comment: