Thursday, July 26, 2012

HATI-HATI DENGAN PANGGILAN INI



Dalam kalangan rakan facebook, ada yang share tentang ini. Boleh sesiapa sahkan kebenaran kisah ini?

" Aku terima satu panggilan hotline 1300300300 konon dari Pos malaysia menyatakan ada surat berdaftar yang tidak dituntut, untuk maklumat lanjut sila tekan 0....maka aku pun tekan 0....seorang lelaki menyambutnya....setelah aku menyatakan tentang surat berdaftar yang aku tak tuntut itu, lelaki tersebut terus meminta nama serta no ic aku....kemudian lelaki berkenaan berkata aku ada surat tak berdaftar dari IPK KL yang aku tak tuntut....surat itu telah dipulangkan semula ke IPK KL.....kemudian dia kata tunggu panggilan dari IPK KL untuk mengetahui butiran surat tersebut. setengah jam kemudian terima panggilan dari IPK KL (0321460522) yang memperkenalkan diri sebagai sjn john menyatakan aku mesti hadir ke IPK KL seminggu lepas untuk siasatan berkenaan dengan pengedaran dadah antarabangsa bernilai jutaan ringgit yang dikesan didalam akaun bank aku....dalam perbualan tersebut sjn john mengugut dengan pelbagai ugutan....termasuk meminta no akuan bank jika mahu settle perkara tersebut....setelah aku menafikan dan bertanya ke alamat mana surat berdaftar itu dihantar....sjn john terus mematikan telefon. Saya kemudian menelefon semula no IPK KL (0321460522) terus diangkat oleh Polis berpangkat sjn disana. setelah meminta bercakap dengan sjn john...polis berkenaan menyatakan tiada anggota yang bernama sjn john dan polis berkenaan menyatkan ini adalah satu penipuan yang mana no telefon pos malaysia dan no telefon IPK KL telah diklonkan oleh seseorang yg tidak bertanggungjawab. Aku bernasib baik kerana tidak memberi sebarang no akuan bank kepada sjn john itu "



Jangan jadi seperti kisah ini sudahlah dimana nombor telefon ini digantung perkhidmatan kerana menyebabkan kematian tuan-tuannya, seram kan!!. Jom baca kisahya : Nombor telefon berhantu

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas. ----------------------------

No comments:

Post a Comment