Thursday, May 10, 2012

Pencuri motor lambai tangan langgar pasu bunga

Gambar Hiasan

Padan dengan muka pencuri tu...

ALOR GAJAH: Seorang pencuri motosikal sempat melambai tangan kepada pemilik motosikal yang cuba mengejarnya sebelum suspek diberkas dengan bantuan polis selepas merempuh pasu bunga dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.25 malam, pemilik motosikal berkenaan, Lim Chuan Kai, 20, dari Kampung Lubok Redan, di sini, datang ke sebuah kedai runcit di sebuah taman perumahan untuk membaiki kereta rakannya yang rosak.

Begitu...

Katanya, dia meletakkan motosikal Honda EX5 miliknya di hadapan kedai runcit dalam keadaan kuncinya masih terlekat pada kenderaan itu.
“Tiba-tiba saya dengar enjin motosikal dihidupkan dan seorang lelaki cuba melarikannya lalu saya mengejar suspek dengan menaiki kereta rakan.

Kejar jangan tak kejar..

“Setibanya di pekan Kuala Sungai Baru, saya meminta bantuan anggota polis trafik yang melakukan sekatan jalan di situ untuk mengejar lelaki terbabit,” katanya.

Katanya, ketika memecut motosikalnya suspek melambai tangan ke arahnya sebelum lelaki itu membuat satu pusingan di hadapannya dan menuju Kuala Sungai Baru.

“Lelaki terbabit berpatah balik dan membuat satu pusingan di hadapan kami tanpa memakai topi keledar sebelum memecut ke pekan sebelum kami mengejarnya,” katanya.

Menurut Lim, lelaki itu tiba di jalan mati di kawasan perumahan penduduk kampung sebelum merempuh beberapa pasu bunga di hadapan rumah penduduk dan tersungkur.
“Melihatkan suspek terjatuh, saya bersama tiga rakan yang mengejarnya cuba mengepung, tetapi dia bertindak agresif sebelum seorang anggota polis menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kuala Sungai Baru,” katanya ketika di temui.

Padan muka..wekkk

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan berhubung tangkapan seorang suspek ketika cuba melarikan motosikal curi.

Katanya, ketika kejadian empat anggota polis diketuai Inspektor Marzooki Abd Fatah serta tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) melakukan sekatan.

“Selepas menerima maklumat awam berhubung kejadian, sebuah kereta peronda polis membuat rondaan di kawasan sekitar sebelum terserempak suspek yang menunggang motosikal curi.

“Ketika diarahkan berhenti, suspek melarikan diri sebelum terperangkap di jalan mati.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis sebelum orang awam datang membantu dan dia mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 22 tahun itu direman empat hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Nice job everyone.. 

Sumber : Metro

1 comment: