Ranau - Sandakan |
Beginilah keadaan jalan yang runtuh akibat hujan yang sangat lebat. Gambar yang aku perolehi ini adalah dari teman-teman FB. Jalan yang runtuh ini adalah jalan dari Ranau-Telupid. Inilah satu-satunya jalan utama untuk sampai ke Sandakan atau ke Tawau. Akibat dari rutuhan ini, pengguna jalanraya terpaksa berpatah balik ke simpang jalan ke Kota Belud-Kota Marudu-Pitas keluar ke simpang Sapi-Nangoh kalau mahu ke sandakan-tawau. Ini bermakna pengguna jalanraya terpaksa mengambil masa lebih 16jam untuk ke Tawau.
Lagi gambar di bawah
Dasyat betul bencana alam. Pada aku tidak boleh juga mahu salahkan kerajaan atau sesiapa sahaja kerana bencana alam boleh berlaku di mana-mana sahaja. Mungkin pada aku kerajaan pada ambil peduli tentang isu jalan ini kerana sudah menjadi buah mulut penduduk sabah tentang keadaan jalan yang tidak pernah sempurna walaupun merupakan jalan yang utama.