Tuesday, December 13, 2011

Sydney FC dimalukan Skuad Olimpik Malaysia^

Pemain negara, K. Gurusamy (Kanan) menjaring gol pertama buat negara

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memuji komitmen yang ditunjukkan pemain yang jarang digunakannya selepas mereka berjaya menundukkan Sydney FC 3-0 dan ia sekaligus memberikan gambaran positif kepada skuad negara untuk menampung kelemahan yang dihadapi sebelum ini.

Skuad negara ketika ini dalam siri rangka perlawanan persahabatan antarabangsa di Australia sebagai persediaan sebelum bermula aksi pusingan kedua kelayakan Olimpik pada Februari nanti.
"Pada separuh masa pertama saya menurunkan para pemain yang jarang-jarang bermain, hanya Muslim dan Guru saja bermain secara kerap.

"Namun mereka mempamerkan aksi yang mantap, saya berharap komitmen pemain ini dapat diteruskan lagi," kata Kim Swee.

Skuad Olimpik negara berjaya menggunakan kelebihan yang dimiliki selepas kelab tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain dan sepakan percuma oleh K. Gurusamy pada minit ke- 45 memberi kelebihan 1-0 kepada skuad kendalian Kim Swee.

Manakala Ahmad Hazwan Bakri menambah dua jaringan pada minit ke-79 dan 90 selepas memanfaatkan sepenuhnya kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Sydney FC.

Kemenangan yang diperoleh skuad olimpik negara menonjolkan beberapa aspek peningkatan positif oleh para pemain baru negara dan pastinya Kim Swee mengharapkan mereka dapat mengekalkan momentum sama sekiranya diberi peluang beraksi dalam perlawanan lebih kompetitif dan penting.

Seterusnya, skuad Olimpik negara akan turun menentang Central Coast Mariners Rabu ini sebelum melengkapkan aksi persahabatan di Sydney berdepan Newcastle Jets pada 19 Disember.

ads
Dapatkan telefon 3D anda sekarang di sini

2 comments:

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)