Thursday, November 27, 2014

Cebisan Al-Quran Ini Dibakar Di Tokong Cina?

[TERKINI] Polis Menahan Lapan Individu Disyaki Bakar Al-Quran

    • Big thumb 2fea
  • Polis Kedah menahan lapan lelaki berusia 19 hingga 30-an kerana terbabit dalam insiden pergaduhan dan membakar enam gerai medan selera yang dipercayai akibat kejadian membakar al-Quran di dalam tong pembakar berhampiran tempat menjalankan upacara sembahyang di Pasar Besar Alor Setar, di sini, pada 20 dan 22 November lalu.
  • Enam suspek ditahan kira-kira jam 4 petang 20 November lalu, manakala dua lagi suspek ditahan kira-kira jam 2 pagi 22 November lalu, di sekitar bandar raya ini.
  • Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, tempoh tahanan reman semua suspek yang berakhir hari ini (26 November 2014) akan disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan.
  • “Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan,” kata Zakaria.

Beberapa Cebisan Kertas Al-Quran Dipercayai Dibakar Dan Ditemui Di Kawasan Pasaraya Billion, Jalan Tungku Abdul Rahman, Alor Setar


    • Big thumb b4e2

Kejadian Disedari Pada Awal Pagi 20 November 2014 Apabila Seorang Lelaki Bersama Anak Kecil Ternampak Beberapa Cebisan Al-Quran Terbakar Di Sebuah Tokong Berdekatan

    • Big thumb 1831
  • Lebih kurang pukul 9.30 pagi, seorang lelaki bersama seorang anak kecil pergi memberitahu kepada Pengurus Supermarket Billion bahawa terdapat individu sedang membakar Al-Quran di tempat ibadat Cina.
  • Pengamatan pengerusi tersebut mendapati memang terdapat keratan Al-Quran di dalam tempat pembakaran ibadat kaum Cina itu sepertimana yang dilaporkan.
  • “Saya terkejut memang ada satu cebisan kertas ayat Al-Quran atas tong sampah serta dua lagi di dalamnya yang mempunyai kesan terbakar. Saya terus menghubungi polis serta Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk tindakan lanjut,” kata pengerusi terbabit.

Pihak Polis Yang Menerima Aduan Mengesyaki Individu Yang Melakukan Perkara Ini Barangkali Mengalami Masalah Mental Atau Bertujuan Memuja Nombor Ekor

  • Kaum Cina yang berdekatan menafikan bahawa mereka terlibat melakukan perbuatan tersebut, namun pihak polis mengesyaki kemungkinan besar mereka yang melakukan perbuatan keji ini, sebenarnya memuja nombor ekor.
    • Big thumb f09b
  • "Kita syaki kemungkinan orang yang melakukan perkara ini mengalami masalah mental tetapi siasatan masih dijalankan. Diharapkan pihak di luar sana tidak membesar-besarkan isu ini kerana bimbang akan berlaku perselisihan faham antara kaum."

    "Sekiranya ia dilakukan atas niat khianat, kita akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun," kata Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof.

Selepas Itu, Pihak Polis Berjaya Menahan Seorang Lelaki Yang Masih Belum Ketahui Identitinya

Last updated by Farouq Johari about 15 hours ago
    • Big thumb 8cdc
  • Zakaria berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong pada jam kira-kira 3 petang hari yang sama. Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. 

    "Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Sumber : SaysMalaysia
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)