Sunday, February 26, 2012

Man Utd masih menagih Kuda Tua

Man Utd masih mengharap kepada pemain veteren mereka iaitu Paul Scholes dan Ryan Giggs untuk mendapatkan kemenangan.

Adakah mereka ketandusan bakat-bakat muda yang boleh diharapkan bagi mencipta kemenangan?

Nampaknya ada sesuatu yang perlu Alex Fergusan fikirkan. Mungkin penyelesaianya bagi membolehkan Man Utd mengekalkan kejuaraan liga adalah memanggil semula bekas-bekas pemain 'legend' mereka untuk kembali beraksi.

Antara 'legend' Man Utd adalah
  1. Sir Bobby Charlton
  2. Roy Keane
  3. Denis Irwin
  4. Mark Hughes
  5. DLL
Jika mereka ini tidak dipanggil untuk bermain, peluang Man Utd untuk mengekalkan kejuaraan liga pasti berkecai.






Promosi Saga FLX Murah Serendah RM333





Kini semakin mudah anda membawa pulang SAGA baharu dengan pelan mudah milik PROTON. Hanya perlu bayar ansuran serendah RM333 untuk tiga tahun pertama. Jangan lepaskan Peluang

Klik Gambar Untuk Besarkan Imej


Untuk maklumat lanjut bolehlah ke bilik pameran PROTON berhampiran rumah anda.


[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Wednesday, February 22, 2012

Disangka Tunggul Kayu Rupa-rupanya Buaya


BANGKOK – Banjir besar yang semakin surut di Thailand membawa bersama ratusan ekor buaya dari kawasan paya bakau ke kawasan penempatan penduduk di sini.

Berpuluh-puluh ekor reptilia itu termasuk spesies ular berbisa dilihat berkeliaran di beberapa kawasan di ibu kota Thailand tersebut.

Kehadiran tetamu tidak diundang itu mendorong pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menangkap buaya yang terlepas.

Beberapa pasukan khas Jabatan Perikanan Thai menerima banyak laporan kehadiran reptilia buas itu seperti kejadian yang menimpa seorang penduduk di sini, Anchalee Wannawet.

Lelaki berkenaan melihat seekor buaya sepanjang satu meter dengan mulut terganga luas berada di tepi tandas di luar rumahnya baru-baru ini.

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Tuesday, February 21, 2012

Matadors Kerdil?

Matadors kerdil tetap berkeyakinan tinggi  apabila berhadapan dengan lembu-lembu jantan di Colombia.

Scrool sampai ke bawah untuk melihat video

Menggunakan cat muka dan membantu satu sama lain ke dalam kostum-kostum mereka, gambar-gambar ini menjelaskan persediaan-persediaan biasa yang diperbuat oleh Los Famosos Enanitos Toreros de Torreon mendahului satu prestasi.


Satu-satunya perbezaan untuk dari kumpulan penghibur ini adalah ritual-ritual menunjukkan mereka mungkin akan mempertontonkan berapa tambahan panas daripada pertunjukan sampingan sedia ada.





 Untuk menonton video berskala besar boleh pergi ke sini Matadors Kerdil?

Monday, February 20, 2012

Jalan Ranau - sandakan runtuh KM120.6

Ranau - Sandakan

Beginilah keadaan jalan yang runtuh akibat hujan yang sangat lebat. Gambar yang aku perolehi ini adalah dari teman-teman FB. Jalan yang runtuh ini adalah jalan dari Ranau-Telupid. Inilah satu-satunya jalan utama untuk sampai ke Sandakan atau ke Tawau. Akibat dari rutuhan ini, pengguna jalanraya terpaksa berpatah balik ke simpang jalan ke Kota Belud-Kota Marudu-Pitas keluar ke simpang Sapi-Nangoh kalau mahu ke sandakan-tawau. Ini bermakna pengguna jalanraya terpaksa mengambil masa lebih 16jam untuk ke Tawau.

Lagi gambar di bawah 
 


Dasyat betul bencana alam. Pada aku tidak boleh juga mahu salahkan kerajaan atau sesiapa sahaja kerana bencana alam boleh berlaku di mana-mana sahaja. Mungkin pada aku kerajaan pada ambil peduli tentang isu jalan ini kerana sudah menjadi buah mulut penduduk sabah tentang keadaan jalan yang tidak pernah sempurna walaupun merupakan jalan yang utama.

Saturday, February 18, 2012

Orang Cakap Merokok Senjata Yahudi

Sebelum kita membincangkan topik utama mari kita baca dulu tentang berita ini.

FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

 Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.

“Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna.

Meletup dan terbakar sampai karpet, kerusi, gambar ikut terbakar...Boleh terima akal ke bateri rechargeable sekecik tu boleh meletup sampai terbakar begitu sekali. 

Aku rasa ini semua propaganda pengeluar rokok analog ( tembakau ) nie supaya pengguna yang menghisap rokok elektronik beralih semula ke rokok analog ( tembakau ) yang Maha Dasyat bahayanya bahayanya lagi berbau busuk tu...

Beralih kepada tajuk utama iaitu 'Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?'.

Sebabnya :
Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....Cubalah perlahan-lahan untuk berhenti.
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()
ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda


[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Wednesday, February 15, 2012

Tips Menjadi Pencuri terHebat

Sebelum kita mengetahui tips tersebut marilah sama-sama kita ketahui maksud pencuri.

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:


”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)

Amacam! berani tanggung risikonya jika ditangkap? 

Berikut adalah tips untuk menjadi pencuri handal! Kamera CCTV pun dapat ditipunya. HEbatkan!!!!


Jika ingin paparan besar bolehlah pergi kepada link ini : Tips Menjadi Pencuri terHebat

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Saturday, February 11, 2012

Bunuh Diri Dengan Terjun Bangunan

Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk membunuh diri jika kita seorang yang normal dan dapat berfikir secara waras. Namun yang menjadi tanda tanya adalah kenapa lelaki ini rasa seronok untuk terjun bangunan. Adakah tidak terdetik dihatinya perasaan sesal akan perbuatannya.

Klik pada gambar untuk besarkan

Sebenarnya ia merupakan gambar 3D dimana ia memberi perasaan seperti ingin jatuh ke bawah.

Joe Hill telah mereka 'optical illusion' di atas sebuah bangunan yang tinggi di London sebagai promosi untuk filem baru bertajuk 'Man On A Ledge'.

Macam 'real' kan...

Memang kreatif gila mamat ni. Sebagai rumusannya membunuh diri itu sesuatu yang dikeji malah akan dicemuh oleh masyarakat. Maka kawal emosi dan elakkan kemurungan.


[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

Thursday, February 9, 2012

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri

Klik pada gambar untuk lebih jelas


10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri. Itulah tajuk ceramah ustaz semasa di Masjid Ar Rahimah, Greenwood. 

Untuk mendengar ceramah pada malam itu sila ke link ini http://www.mediafire.com/?6j5uvyj800pqwc8

Tuan-tuan boleh download ceramah malam itu. Selamat Mendengar!!

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)