Friday, August 31, 2012

Peristiwa Gegaran Terkini [Kepulauan Filipina] 3 Gegaran !!!

  ^__^
Gempa Bumi Kuat di Kepulauan Filipina Pada 31 Ogos 2012, 08:48 malam:

Satu gempa bumi Kuat bermagnitud 7.9 pada skala Richter telah berlaku di Philippine Islands Region pada 08:48pm, 31 Ogos 2012. Pusat gempa bumi terletak di 10.9° Utara dan 127.1° Timur, 214km Timur Laut dari Surigao City,Philippine, 1145km Timur Laut dari Kinabatangan ,Sabah.

Sebagai langkah berjaga-jaga penduduk di Pantai Timur Sabah dan Utara Sabah serta Utara Sarawak diminta menjauhi kawasan pantai.
Gegaran seterusnya berlaku seperti dalam jadual di bawah : 
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.

Lagi gambar :
Lokasi gempa ditanda bulatan warna jingga
Peringatan Kepada Penduduk Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Penduduk pantai timur dan utara Sabah serta utara Sarawak diminta jauhi kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga ekoran gempa bumi berskala 7.9 Richter yang melanda Filipina pada pukul 8.47 (31Ogos2012) malam ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea dan Haiwaii.

Laman web Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan terdapat tiga gegaran di Filipina pada malam ini iaitu sekuat 7.9 Richter (8:48 malam), 5.2 Richter (9.14 malam) dan 5.5 Richter (9.27 malam).
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)