Gambar Hiasan |
Lebih menyedihkan,
lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya itu adalah majikan
wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis
air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.
Walaupun majikan
isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan
hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa enggan mempercayainya
mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik
dan melarikan diri.
Bagaimanapun, dia
ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu
mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka
dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, sebelum
kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah
jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan
isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki
berada di luar rumah.
"Dia mula mengesyaki ada
sesuatu yang tidak kena mengetuk pintu rumah beberapa kali namun tidak
dibuka. Malah, dia juga menjerit memanggil nama isterinya berulang kali
namun tidak bersahut menyebabkan dia melihat dari tingkap rumah mereka
sebelum ternampak bayang-bayang seorang lelaki.
"Hatinya yang tidak
tenteram mengetuk pintu beberapa kali sebelum akhirnya selepas hampir 10
minit baru ia dibuka isterinya," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang masuk dalam rumah bagaimanapun terkejut apabila mendapati majikan isterinya berada dalam rumah menyebabkan dia tergamam dan bagaikan hendak pitam.
"Malah, ketika itu
kekasih gelap isterinya beberapa kali meminta maaf namun tidak
diendahkan sebaliknya dia mendesak sama ada mereka melakukan hubungan
asmara.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikannya dan memberitahu dia hanya menghantar wanita terbabit pulang ke rumah," katanya.
Menurutnya, majikan
isterinya yang panik melarikan diri namun dicekup penduduk. Mangsa
sekali lagi mendesak sebelum dia mengaku melakukan hubungan dengan
isteri mangsa.
"Mangsa menghubungi
polis sebelum sebuah kerea peronda polis (MPV) datang dan membawa lelaki
terbabit dan isterinya ke balai polis.
"Dia membuat laporan di balai polis sama untuk tindakan selanjutnya." katanya.
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
Isteri halau suami kerana nak asmara dengan lelaki dirumah...ingat la wahai isteri orang di luar sana,semua makan minum suami tanggung isteri pulak main di belakang suami...ingatla dosa isteri tanggung dan jangan sesekali mendustai suami...
ReplyDeleteBodoh punya isteri makan minum suami tanggung tetapi isteri pulak memantat dengan lelaki di dalam rumah sendiri pulak tu...
ReplyDeleteBagus juga awak lapor ke balai polise...awak yang bayar dia dengan ribuan ringgit dan makan minum awak tangung semua tetapi dia main di belakang...tak parut...tak patut...
ReplyDelete