^^
Sumber Gambar : link |
10 Jenis Tangisan menurut Ibnu Qayyim :
1. Tangisan yang tercetus oleh emosi kasih sayang
2. Tangisan kerana berasa sedih
3. Tangisan kerana rasa cinta
4. Tangisan yang disebabkan oleh penderitaan
5. Tangisan kerana mengikut-ikut orang
6. Tangisan disebabkan perasaan takut
7. Tangisan kegembiraan
8. Tangisan kerana diri terasa terhina & lemah
9. Tangisan kerana belas kasihan
10. Tangisan org munafik/hipokrit (pura-pura menangis)
Sejarah Ibnu Qayyim
"Ibnu Qayyim adalah salah seorang pakar psikologi Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir hampir 800 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota Damsyik, Syria. Sebagai contoh, menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku menangis dapat dikategorikan ke dalam 10 jenis tangisan"
Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud:
"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."
Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud:
"Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"
Air mata yang tidak di tuntut:
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari
itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua
buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda
diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang
telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah
swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak
mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali
dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya jua.
Junjungan
Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan
2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. ”Di antara
7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang
tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya”. ”Jika tubuh
seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah
dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata
tanda rahmat Tuhan
Jadi,pilihlah tangisan anda.
Sumber : cintarindurasul
[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas.
-----------------------------------------------------------------