Friday, July 27, 2012

Hukum Keluar Air Mani dan Air Mazi ketika puasa


Bab mengenai hukum keluarnya air mani dan mazi di bulan puasa atau sewaktu ketika berpuasa sama ada puasa ganti mahupun puasa sunat . dibawah ini saya kongsikan dengan anda soalan beserta penerangan jawapan mengenai hukum keluarnya air mani ketika berpuasa sama ada bagi lelaki mahupun wanita.

Soalan : Adakah batal puasa seseorang itu, ketika waktu puasa terkeluar air mazi dan air mani? Boleh nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani?
Jawapan:

Air Mazi 
Air mazi berbentuk cecair jernih yang keluar melalui kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan atau melihat perkara-perkara yang mengghairahkan. la najis dan membatalkan wuduk. Cara membersikannya ialah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota yang terkena cecair itu.

Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa. samada ia membatalkan puasa atau tidak? Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun imam Hanafi, Syafi'e, Awzai'e, Hasan al-Basri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Kita di Malaysia, berpegang pada mazhab Syafi'e.
Jadi puasa adalah tidak batal dan tidak perlu diganti. Tetapi seseorang hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwat kerana ia mengurangkan pahala puasa.

Air Mani 
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha. ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa atau perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan tidak membatalkan puasa.


Ciri-ciri Keluarnya Mani
  1. Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.
  2. Keluar dengan keadaan syahwat dan mengghairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.
  3. Keluarnya memancut atau meleleh.
  4. Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning jernih seperti tidak berwarna dan agak cair sedikit.
Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa
Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan mengganti semula puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah 

[Share Artikel ini di Facebook / Twitter]
* Jika anda merasakan entri ini bermanfaat dan sangat syok untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbShare atau ShareThis di atas. 

Sumber :  Hukum Keluar Air Mani dan Air Mazi ketika puasa

2 comments:

  1. assalamualaikum....saya ingin brtanya,adakah cecair mazi boleh kluar apbila seseorang mlihat crita lucah??

    ReplyDelete
  2. Kalau sblum waktu imsak kita bangun dan ada air kekeringan di bibir kemaluan sdikit jadi saya tidak tahu air apa nak watcamne

    ReplyDelete

ShareThis

Blogger Widgets
CLOSE - X - TUTUP

Mohon Klik LIKE =)